Thursday, April 16, 2009

Cakes of Mine.....

Salam.....

Cake before bitrhday?!! Normal ler too kan! Cuma agak abnormal bila dpt kek sehari sebelum birthday yg ker 2..... hehehe... dah rs mcm dah matang sehari lebih awal plak! atau hamba Allah too nak bgtau aku yg aku dah smakin tua!!! atau dia nak jd the first ever after yg bg present kat aku! hehehe...hehehe. Apa2pun kita mesti view dr sudut yg positive...!! think positive beb! cake dpt awal maksudnya org too betul2 ingat kat ita kan?!!! Alhamdulillah.....

Itulah kisah hidup aku kelmarin..... wpun hari penting aku too ari nie tp kelmarin aku dah start dpat cake! officemate I yg bg key..... thanks for Wong for your lovely cake! harap2 tahun dpn dpt lagi!Kalau sapa2 yg nak bg present, I terima jer..... Sbln lps birthday pun okey!

So nak tgk cake aku comel too??? Here its come..... (tp skrg dah jd sbhgn drp darah daging aku dah....!)


Masa birthday aku plak, aku dpt lg 2 cakes & 1 lg beli sendiri sbb dah lama aim nak birthday yg mcm nie! Tak sempat aku nak msk HR room, Ms Lim dah kalut2 bwk cake masuk HR room. Semangat sungguh auntie nie..... The best part bila ada birthday card lg! Wpun card too tak setanding card2 di market tp value dia, fuyoo...!! Class! Anak2 Ms Lim yg buatkan! Simple but full with love...!!


2nd Cake!


Cute kan!!! Teruja sbb dah lama tak dpt birthday card!

Lepas balik lunch, tup2 ada lg cake atas meja! Adoi..... terharu giler! Smua org excited nak bg sbb maybe lepas nie dah susah jumpa. Cake yg ke 2 cappucino flavor! Sedap gak!!! Kellen, Yu Woi & Foong Moi, thanks a lot beb!!!

3rd cake!

cake yg ke 4 nie, special sbb.....beli sendiri! hahah...haha.... Dah lama teringin nak cake yg rupa mcm nie. Bila nampak jer tanpa byk bicara trs amik & bayar! & cake nie ler yg paling sedap. Icing dier ialah fresh cream, so mkn byk pun tak rasa muak. kat dlm plak vanilla flavor, wpun tak minat sgt vanilla tp disbbkan suka rupa kat luar, smua dah jd sedap! bila sampai kat umah, jentera penggerrak kat umah dah excited giler! tambah plak ada pizza, lg ler smua tak sabaq. lepas solat jer kami pun meneruskan misi kami sekeluarga dan kat bawah nie blh ler tgk muka2 lapar, muka2 penyibuk wpun ada yg birthday dah lepas tak pun blm sampai lg!

4th Cake!

Hidangan utama...!!

Actresses tersibuk di pasaran!


Sunday, April 12, 2009

Kabinet 2009

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin


JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah


KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin


KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew


KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin


KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat


KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie


KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup


KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim


KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng


KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan


KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun


KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Sunday, April 5, 2009

Lama dikenang, Baru diberi peluang.....

3hb April 2009 merupakan antara sejarah baru yg wajib diingat oleh setiap warganegara MALAYSIA, perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Sebagai bangsa Malaysia, aku mcm berminat gak nak review and respond to this historical moment. Aku tak nafikan kelima-lima PM sblm nie mmg mempunyai kreadibiliti tersendiri, style sendiri, cabaran2 tersendiri etc..... Tapi kali nie aku hanya nak respond pd 2 PM terkini: Tun Abdullah & Datuk Seri Najib.

Sblm too aku amat tertarik dgn satu artikel ttg perlantikan PM di Malaysia. Tuanku Abdul Rahman dilantik sbg PM pada usia 54 thn, Tun Abdul Razak plak pada usia 52 thn, pastu Tun Hussien Oon; 54 tahun, Tun Dr Mahathir; 56 thn and hanya Tun Abdullah sj dilantik pada usia lbh drp 50-an; 63 thn. Nampaknya,kalau nak menjadi seorg PM, kita perlu berusia dlm lingkungan di ats & sekurang2nya melibatkan diri dlm poitik seusia awal 20an kan?!!! Kat sini pun kita boleh lihat dgn jelas Teori RAHMAN yang slalu jd bulan umum sudahpun menjadi kenyataan. Selepas Rahman apa plak agaknya? Ada yang dah mula berbicara tentang teori Mahathir plak..... Apa pun teori yg akan kluar smua nie hanya rekaan insan kerdil bergelar manusia, yang menentukan tetap Allah Yang Maha Kuasa & Mengetahui. Smoga keharmonian Malaysia kekal abadi. AMIN.....


Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, PM Malaysia ke 5. Pada aku Tun Abdullah mmg ada keistimewaan yang tersendiri, kewibawaan yang tersendiri dan menghukum Tun Abdullah dengan pelbagai teori dan konspirasi tidak patut diklasifikasikan sbg tindakan yg bijak. Setiap insan ada kelemahan dan kelebihan masing2. So, pd aku sbg insan, kita perlu lihat dr aspek yg lbh positive. Kalau asyik nak tgk yg buruk saja susah jgk kan! Tp naluri manusia dah tercipta begitu "suka melihat yg lemah, buruk & segala-gala yg negative drp yg positive." Antara tag-line Tun Abdullah yg buat ramai rakyat Malaysia ingat: "Saya tak minta anda bekerja utk saya, tp bekerja bersama-sama dengan saya utk menjadi yg cemerlang, gemilang & terbilang". Mungkin disbbkan tag-line nie harapan rakyat kepada Tun sgt2 tinggi, dan kita blh tgk org dah mula compare Tun dgn PM yg terdahulu, menyoal kewibawaannya etc... bila negara & kerajaan pemerintah mengahadapai cabaran. Bg aku dah mls nak ingat lg smua too sbb too dah pun masuk dalam lipatan sejarah Malaysia.

Bagi aku subject yang sinonim dgn Tun yang pasti ramai bersetuju ngan aku ialah sifat & keperibadian beliau yang tenang, soft-spoken, senyum slalu etc... Apa2pun cabaran, rintangan yg beliau hadapi, utk Tun Abdullah, terima kasih di atas pengorbanan 6 thn anda untuk kami rakyat Malaysia. Hah! Kat sini aku nak jgk share satu statement Tun Jeane ttg husbandnya nie & pasti smua wanita nakkan husband yg ada ciri2 sebegini.... :-) '..he's a nice person to sit down and just talk to, be it on religion or politics. he's not one who use bombastic words, he's very patient at explaining things to you.'


Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dah pun mengangkat sumpah pada 03/04/2009 sbg Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dan sebelah petang plak penyerahan jawatan antaranya dan Tun Abdullah di Pejabat Perdana Menteri dan nie dah lengkaplah peralihan kuasa kepimpinan negara yang merupakan kesinambungan proses penyerahan kuasa antara yg paling tersusun dalam sejarah politik Asia.

Aku agak tertarik dgn satu artikel akhbar tempatan: "Keperibadian Tun Abdul Razak yang ada pada Dato Seri Najib ialah kedua-duanya kuat bekerja dan dedikasi utk berkhidmat kepada masyarakat. Dalam hati Allahyarham mmg kuat bekerja untuk berkhidmat kepada masyarakat dan itu yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib." Petikan ini ada kebenarannya bila Dato' mula melibatkan diri dalam bidang politik seusia awal 23 tahun mengantikan tempat Tun Abdul Razak untuk kerusi Parlimen Pekan (aku ms umur 23 thn br nak kenal dunia, br nak merasa pegang duit sendiri.....hehee...heheh!). Sejak drp itu Dato' Seri telah menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan dan sehingga 03/04/2009 beliau secara rasminya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ke-6. Nak bg pandangan @ comment yg lbh ttg jawatan no 1 negara yang disandang oleh Dato' Seri rsnya msh terlalu awal. Tp apa yg aku harapkan Dato' Seri mampu & terus membawa Malaysia ke level yg terbaik dengan mengambilkira kptgn rakyat, kptgn bangsa, agama dan negara. InsyaAllah..... Untuk Dato' Seri, selamat bertugas and all the best!