Tuesday, December 16, 2008

Fly Over The Asia Pt 2

Assalamualaikum w.b.k

Dah puas berbelanja sakan di China & Hong Kong, aku skali lagi mengorak langkah ke salah satu "syurga" dunia (btoi ker??!) dlm usaha utk meneruskan hobi aku yg sukar nak disekat nie! Tp kali nie aku pie dekat ckit iaitu..... Phuket Island! Wah..... Perjalanan kali nie lbh mencabar sbb kami pie naik bas! Naik bas?? Naper? Tak percaye..... Mula2 too mcm malas nak pie ttp dsbbkan pujukan yg tidak berbelah bagi aku gagahi jua..... Perjalanan dr Butterworth ke Phuket lbh krg 10 jam. So, bayangkan 10 jam ats bas! Adoi letih giler...!! Kbykn ahli rombongan terdiri drp cikgu2, anak2 cikgu, kwn2 cikgu dsbgnya..... Mamat handsome ada?!! Erm..... Sorry yer! Kureng kuantitinya!

Kalau nak bgtau how Phuket look like, erm..... lbh kurang mcm Penang + Langkawi la! Kat cni tourist mmg ramai. hot spot katakan! Kalau kat Malaysia, kita hanya akan nampak "evacuation route" sign kat dlm bangunan, factory dll tp kat cni merata-rata blh nampak sign nie. tp yg bezanya kat sini diaorg named as tsunami evacuation route. itulah kesan tsunami yg plg jelas blh nampak kat cni. yg lain2 too mcm biasa sj, lgpun tregedi 2004 dah membantu kerajaan tempatan spy menyediakan tempat menyelamatkan diri yg lebih bersistematik. Wpun msh ramai yg trauma dgn tragedi too tp tak kurang jgk yg seakan-akan dah lupa yg "syurga dunia" nie pernah diberi peringatan yg hebat oleh Yang Maha Esa!


Safety Sign.....

2 nights at Patong Beach!

Lps seharian perjalanan br ler kami perpeluang menikmati keindahan Phuket dgn bantuan pembantu pelancong warga tempatan, Che Mat. Kami sempat jgk menyusuri Patong Beach, Kamala Beach ( tpt kelahiran keturunan ke 7 Mahsuri, Aishah) & beberapa beach lg yg aku dah tak brapa ingat nama dia! Mmg cantik tp bila ingatkan tragedi 2004, terus jd gerun. Sbb too ler kami smua tak dak xtvt tepi pantai spjg trip nie sbb msg2 masih teringat2 tragedi too.


Cun tak gambar I?! Jgn jelous.....

Lepas too, kami smua dibwk ke antara tpt plg hot kat Phuket terutama pada mak cik2 @ anak-anak mak cik yg sgt2 minat batu permata; GEM Gallery. Kat cni aku berjaya control keinginan utk bershopping sakan sbb aku tak brapa minat sgt dgn gem, lgpun harga yg dtawarkan adoi..... boleh tahan jgk ler mahal! Lps jamu mata kat gallery, kami dibawak plak ke tpt shopping souveniors, dkt ngan Phuket town. Dah siap shopping, apa lagi... makan time!!! Dah mai Thailand tak pekena tomyam tak sah ler kan...! Mmg best giler! Kiranya spjg dok cni mmg pekena tomyam tiap2 hari & tak jemu2 plak too! Perghhh... best giler!


Bersama saudara aku yg sama2 join trip kali nie!

Dah mkn, solat & sbgnya kami dibawa plak pie tgk sunset kat satu tpt nie... Tp sorry dah lupa nama tpt dia. Mmg hot spot jgk ler nie. Ramai tourist kat cni, sampaikan ada yg cuba2 nak ngorat kami. tapi.... BO LAYAN! maklumla jual mahal....! lebih kurang 2 jam berposing kat cni kami balik ke Patong sbb kami stay di Montana Hotel.


Bersama-sama ahli rombongan yg lain... Yg muda2 saja tau!

Hari ke 3 di Phuket, kami dibwk plak ke James Bond Island, pulau yg ada gaya2 James Bond too. Sblm sampai, kena naik bot lbh krg dlm 20 minit. Mula2 too kecut gak nak naik bot, tp bila dah naik, excited ler plak! Bila sampai kat pulau too, kami tak turun pun... sbb kalau trn kena charged extra 20 baht. So, dpt tgk dr jauh jer la...

Muka excited, org tak pernah naik bot katakan!


James Bond Island

Dah puas memantau kawasan "taklukan" kami trs kan perjuangan kami ke satu pulau penempatan Muslim; Pan Yee Island. Kata Che Mat, masa tsunami teruk gak tempat nie kena "attack", tp dgn kuasa yg Maha Esa, masjid yg ada kat pulau nie ttp berdiri teguh wpun serangan tsunami sgt hebat! Che Mat ada share ngan kami yg masa tsunami too ada sorang English yg tumpang masjid nie ms tragedi too & lps melihat kuasa Yang Esa, trs dia convert ke Islam & memilih utk tinggal kat salah semua kawasan kat Phuket nie jugak.




Posing & Shopping!


Inilah dikatakan kuasa Yang maha Esa!

Masa kat Pan Yee, aktiviti utama kami..... LUNCH!!! Pekena tomyam lagi..... Pergh! Syok sungguh! Then kami shopping ckit, solat, rehat & balik kat tanah besar lps 2 jam kat sana. Dah sampai kat tanah besar, kami trs ke Hatyai utk bermalam kat sana & lps tengah hari (lepas pekena tomyam kat Hatyai plak!) keesokkannya kami terus balik ke Malaysia. Alhamdulillah..... semuanya selesai dgn selamat!



Monday, November 17, 2008

Fly Over The Asia Pt 1

Assalamualaikum w.b.k

Vacation, holiday, makan angin, melancong atau dengan definisi yang lebih tepat, menghabiskan mata wang yg tak berapa tebal antara hobi yg dah lama aku minat, cumanya kalau dulu aktiviti mcm nie terhad sbb fund kena apply dulu br boleh pie. But now, erm.....green light from my grandparent sudah memadai utk aku mempratikkan hobi aku too. The most best part, the proposal for vacation usually 98% will be approve by them. Kadang2 mcm tak percaya, tp maybe dah ckp matang kot utk jaga diri and dah ckp matang utk diri aku sendiri utk bezakan yg mana baik atau yg mana buruk menyebabkan cadangan jarang2 sekali ditolak. Ewah...!! Antara tempat yg aku sgt2 teringin nak pie: Universal Studio, Switzerland, Rome, Japan, and definitely Mekah; perform the fifth of Rukun Islam yg menjadi tuntutan setiap Muslim. InsyaAllah, satu masa nanti semua destinasi nie mesti aku akan jejaki.


Guangzhou, China (formerly known as Canton) antara destinasi terjauh yg dpt aku pie buat sementara waktu nie. Tak terlintas langsung ttg nak pie sini sblm nie (maybe sbb kalau nak ke China mesti akan ingat pergi ke Beijing @ Shanghai sj sblm nie...) tp dgn proposal yg tlh diapprovedkan oleh parent aku, kami tiga beradik dengan jayanya telah berjaya menjejakkan kaki ke South Gate of China. Mcm2 experiences dah dpt spjg trip too, bermula dgn kena paging kat Penang International Airport (glamor beb!!!) , dijemput oleh orang kuat Guangzhou immigration attache di Guangzhou Baiyun International Airport & mcm2 lg la.... Tp kat sana aktiviti yg paling best.....SHOPPING!!! Bayangkan hampir seminggu dok kat sana boleh dikatakan 3/4 masa spend utk shopping sj! Slamat la... dok sminggu jer, kalau dok sebulan, boleh muflis kot!

Kesibukan ahli rombongan membeli-belah yg amat terserlah!

Pakar membeli & pakar berposing gak!!!

Masa di Guangzhou, aku sempat gak melawat Makam Al-Raudhah, salah seorang sahabat Rasulullah yang bersemadi di sini. Menurut history, beliau nie salah seorang sahabat semasa era Laluan Sutera yg mendekatkan ummah di benua Arab & Asia. Kat sini banyak jgk, note2 yg diaorg display utk pengetahuan smua tp mcm biasa la kan, note smua dalam Chinese, so, boleh tengok jer la..... Sebenarnya Pak Cik aku yg dok kat situ mmg terror ckp Chinese. So advantages ler kalau Malaysian Immigration antar dia pie kat sana! Kalau dulu dia sorang jer yg blh speaking chinese, tp lps 2 thn kat sana, satu family pun dah boleh speaking. Yg paling best tgk, cousin2 aku too kalau gaduh, habis ler keluar yg aku sendiri pening jgk mula2 dengar. Best jgk kan!

Menurut kata ketua rombongan (siapa lagi, mesti ler paling terror speaking chinese!), kat sini kalau ari-ari biasa mmg sunyi ckit, tp kalau ari Jumaat mmg ramai yg mai sini utk solat Jumaat. Masa too la kita blh tgk Muslimim di seluruh Guangzhou berkumpul untuk menunaikan tuntutan agama yg amat suci nie.

Makan Al-Raudhah. Al-Fatihah!



Kat Guangzhou, siang lebih pendek dr malam. Pkl 6pm dah start gelap 7 maksudnya maghrib pun awal ler. Cousin2 aku kata depa syok kalau bposa kat cni sbb... mesti ler siang pendek! bkn kata budak2 mak bapak budak pun syok jgk! hehee...hehe... Malam di Guangzhou tak happening mcm kat KL @ Penang. Maybe sbb kat cni center utk trading & warehousing, so, kbykn dr diorang lps working hours trs balik rehat. So, tourist mcm kitaorg nie takkan nak tido awal kot!!! arhh....btol ker? wpun xtvt mlm agak terhad, tp ada bberapa spot yg slalu byk ler tourist kat sini.


Antara yg paling best Beijing Lu. Lu ni maksudnya jalan & tpt nie kalau kat KL lbh krg mcm Petaling Street la..... Kat sini kemahiran tawar-menar amat2lah diperlukan! kalau tak depa nie dok pakat2 "potong kepala" la..... Syok gak kat cni sbb bila kat cni br feel mcm tourist & akan feel mcm dlm citer Hong Kong yg shot kat town waktu mlm2 too!


Masa kat Beijing Lu, shopping dah pasti agenda utama. Nampak bag, teringin bag, nampak watch, gatai nak beli jgk! Nama bunga, sibuk nak beli bunga! Biasa ler too kan! Aku wanita nana...nana... (mcm mana ntah lagu Hajah moden too, lupa plak!). Kat sini mmg ramai tourist, ssh nak beza diorg asal mana sbb smua nampak mcm lebih kurang jer. Dalam ramai2 kami pun terjumpa mamat-mamat Cina Malaysia yg asl drp Ipoh. Dia yg tegur kitaorg dulu & siap pesan kalau nak beli brg mintak harga kurang habis2an. SEE....!!!! betapa mesranya rakyat Malaysia nie kan....! bertegur sapa tanpa kira warna @ rupa! hehehe.... lagi satu, yg berniaga kat sini bkn Chinese men sj tp ada pakistan, arab & bangladeshi yg segak2 ckit la....

Rombangan Cik Murni ke Beijing Lu, Guangzhou, China!

Guangzhou nie dkt jgk dgn Shenzen, salah satu tpt yg famous jgk kat South China nie. Dr Guangzhou & amik train 45 min - 1 hour dah blh sampai ke Shenzen. Tp aku tak sempat jln2 kat Shenzen sbb lebih excited nak pie Hong Kong! Maksudnya..... aku berkesempatan jgk ler ke Hong Kong ms trip hari too. Dr Shenzhen dah boleh nampak awan Hong Kong dah..... hehe..hehe... sbb too excited over! Wpun Hong Kong dah jd sbhgn drp China tp nak msk kena chop passport mcm biasa gak...!! Kat cni kita blh tgk perbezaan yg sgt ketara antara imigrassion China & Hong Kong. Diaorg kat sini sgt concern dgn bird flue virus, so kalau demam2 @ ada tanda2 demam, ssh ckit la nak lepas! Olh sbb too jgk ler kami dgn berat hati terpaksa tinggalkan 2 ahli rombongan yg lain kat Guangzhou. Sapa?!!! Mak cik aku & daughter dia! Tiba2 plak anak dia demam! Frust giler kawan! Tp tak pa... Hubby bwk balik present yg blh thn gak harga dia too!!! Bila ler aku nak dpt present mahal mcm too ntah...!!!

Sebahagian drp ahli rombongan ke Hong Kong! Jgn marah...dah nampak mcm family reunion tau!!!


First time jejak kaki kat bumi Hong Kong nie aku rs mcm cuaca dia lain ckit. Kdg2 rs sejuk & kdg2 panas jgk. Sskali rs mcm kat Penang plak! Nak tau why??? Ms aku kat cni aku noticed yg Hong Kong nie tdiri drp pecahan2 pulau rupa2nya. Hong Kong is surrounded by the South China Sea on the east, south and west (oo...patut la!). Lemah sungguh ilmu geografi aku nie...!

Kat Hong Kong, kami amik train ala2 LRT trs ke Kowloon, kami lunch kat salah satu Muslim Restaurant kat sana. Owner restaurant too Singaporean & slalunya kalau tourist dr S'pore, M'sia & Brunei akan mkn kat sana. Yg best too, kpg halaman owner too Penang & Kedah, so apa lagi... dok bukak citer kpg halaman ler plak! Lepas mkn kami pun meneruskan usaha menjelajah kota Kowloon. Kat cni ahli rombongan split into 2. Aku & sisters kitaorg jln sendiri & yg lain ikut pak cik aku. Dgn penuh yakin kami pun pulun la... Kat cni mmg byk tourist drp luar. Maybe tpt nie mcm hot sopt kot! Kat cni blh la tgk org Indon, Pakistan, Arab, M'sia (bkn kitaorg sj kat cni rupanya...!), American, Swedish etc... Kat cni jgk syurga utk shopping! So, apa tungg lagi!!!! Serbu ler.....

Modern Orchestra Performance

Islam Agama Unggul. Amin....!



Thursday, October 30, 2008

21st CONVOCATION, SECOND ASSEMBLY 2008, UUM


Finally.....Dapat jugak aku complete Master ku...!! Yeaa..!! Alhamdullilah..... With flying colors result (bagi aku ler kan...!!), 18/10/2008 adalah kali ke dua utk aku ke Dewan MAS, UUM. menyembah duli kepada DYMM Sultan Kedah menerima segulung ijazah Sarjana Sains (Pengurusan). Adoi....!Kalau diingatkan balik sejarah aku further study nie mmg ler memenatkan! Pernah rasa mcm nak give-up tapi aku kuatkan semangat jugak utk further study. Sebenarnya aku terigin gak further kat oversea, tp nampaknya rezeki aku masih di bumi Malaysia! Maybe for PHD?! I'm really look for it! Walaupun aku terpaksa amik masa hampir 3 thn utk completed tp yang paling penting aku ttp PUAS!!!

Byk yg tanya kenapa nak further study? Nak jd lecturer ker? Nak naik pangkat ker? Jawapan aku hanya satu! Sajer... Untuk mengisi masa lapang!!! Orait ler reason mcm nie kan!!! Tujuan sebenarnya aku further hanya satu pada dasarnya: 1) hanya utk lari drp fikir masalah remeh yg merupakan experienced pertama bagi aku, kuang.....kuang.....tp lama-lama aku jd syok plak study! Kalau masa degree, aku study sbb aku mmg nak masuk U @ maybe sbb parent nak aku msk U @ pelbagai lagi alasan2 yang susah nak bgtau kat cni. Tp masa further master, aku buat smua nie sbb diri aku sendiri, fees pun aku tanggung sendiri, buat assignment kat office (opps! pecah rahsia..!!), setiap hari Isnin mengantuk memanjang sbb dah travel sbb ada class sehari suntuk kat Sintok pd ari ahad. Tapi aku ttp puas! Bayangkan setiap weekend aku travel dari Penang ke UUm seawal 6.15pg and balik umah paling awal pun 7.00mlm. Ari ahad too beb!!! Masa too dah kurang buat xtvt sosial, masa shopping pun dah terhad, masa utk cari "pengganti" lagi2 la kureng....! lgpun aku dah tak berminat nak cari penganti. biarlah dia dtg sendiri..... aku tak rela jd perigi yg terhengeh-hengeh pie cari timba! tp yg pasti aku ttp bangga & puas dgn tindakan aku walaupun pada mula2nya aku hanya sekadar utk mencuba.....

Kak La! Thanks for being the very good listener!

Kak La, sahabat aku yg sama-sama "berjuang" selama 3 thn! Dgn dia ler aku kongsi pelbagai cerita. Tiap-tiap minggu kami travel sama-sama, tp masa 3 jam travel kami penuhi ngan..... chatting!!! Mcm2 topik kami discuss. Dr topik semasa, ekonomi, politik, tak lupa juga ngan gossip panas & memberi komen2 membina utk smua lecturer kat UUM (fuyoo... dah mcm canselor ler plak!!!). Pendek kata, kami kongsi suka-duka, pelbagai experiences yg mesti dah susah nak dpt lepas nie!

So, dgn perasaan gumbira, aku sgt2 berterima kasih pada setiap insan yg support aku sama ada secara langsung & sebaliknya & kat cni teringin gak nak share moment yg nice & sweet semasa convo! Happy viewing...!!
Dgn perasaan tak bersalahnya aku sempat lg berposing dlm Dewan MAS walaupun diaorg tak bagi! hehe...

Dgn coursemate! Mamat Siam... Dah ada business sendiri kat China!

Bersama keluarga tercinta! Jgn marah kalau ada yg kata aku nampak lbh muda drp adikku! Maklum ler... jiwa muda! Kuang....kuang....

Rakan seperjuanganku! Kak Amy!

Panas2 pun, berposing sudah semestinya!!!

Time convo jer ler dpt bunga..... Masa lain, jgn harap!


Monday, October 20, 2008

Ramadhan Pergi Idul Fitri Menyeri....

Assalamualaikum w.b.k.....
Salam Ramadhan & Salam Lebaran
.....

Sebulan dah mcm seminggu, seminggu dah mcm sehari, sehari dah mcm sesaat, so sesaat dah susah nak dirungkaikan lagi..... Alhamdullilah......walaupun dah lama Ramadhan berlalu baru sekarang sempat nak berbicara tentang Ramadhan. Ramadhan tahun ini juga indah seperti tahun-tahun yang lain. Puasa, solat terawih, tadarus dah pun menghiasi bulan Ramadhan. Dengan nama Allah Yang Maha Esa, setiap insan memohon untuk terus diberi untuk menikmati Ramadhan yang akan datang. Amin..... Ramadhan tahun ini dah aku cuba sedaya upaya mengisinya. Walaupun tak sesempurna mana tapi Alhamdulillah..... kenikmatannya tetap terasa.


Ramadhan Reunion.....


We can't wait till Syawal for reunion.....! so kalut right??!! So, apa yg kami buat Ramadan reunion di Botanical Garden Penang. Bersama-sama dgn bakat yg terpendam pada sahabat kami yg satu ini, Sukin, (ooo... Qin, sorry ler terpaksa guna nama ang sat...!) kami terus berposing ala-ala professional model la! Walaupun tak sehebat Kate Moss, Adriana Lima etc... tapi kami berjaya impress our photographer. Kalau yg sorang ada talent utk jd professional photographer (InsyaAllah.... Aku doakan ang wei....), yg lain-lain too pulun jer la..... (pulun?!! org penang...! standard la!). Lagi satu secret yg nak bagitau nie, walaupun ari too kami terpaksa bbuka ngan sebotol mineral water yg dikongsi 5 org (alas perut saja..... lepas solat maghrib smua terdiam bila nampak makanan!!!) tp that day antara the best moment together and we really enjoyed!

malaysian next top model.....


wa....! excited!

Idulfitri Reunion.....

Syawal reunion plak..... Dah bergumbira semasa hujung Ramadhan, kitaorg reunion utk Syawal plak! Even baru 3 hari lepas kitaorg jumpa, tapi masing-masing masih banyak mulut, sibuk nak crita & update other members dgn informasi-informasi terkini, topik-topik hangat & tak lupa jugak gossip-gossip panas! The best part bila time menjamu selera ler....! Start ngan laksa penang kat rumah Cikgu Siti, kitaorg sambung plak dgn keow teow bandung kat umah nizan. Lepas solat, kitaorg menyambung perjuangan Syawal di rumah Padillah. Makan lagi..... kali nie kitaorg pulun bihun soto plak! Walaupun dah 3 kali santapan yg mantap too, kitaorg masih lagi berselera...!! Dpt makanan diam sat, lepas too..... sambung gossip lagi! Dalam asyik menikmati anugerah Allah di Syawal kali nie, kami sempat jgk menjenguk sahabat kami, Cikgu Ana (too many teachers among my colleagues right?!! Alhamdullilah...!!) yg accident semasa Ramadhan yg lalu. Walaupun dia nampak sihat, tetapi dalam hati hanya Allah saja yg tahu. Itulah ciri-ciri seorg pendidik yang sebenar! Agaknya lepas jumpa kami dia bertambah sihat kot! InsyaAllah..... (jgn bertambah sakit dok melayan "gila" kami sudah la.....).

Kami teruskan lagi aktiviti-akitivi kami di rumah aku plak! Kat mana?!! Istana hinggap di Jalan Baru. Tiap-tiap tahun diaorg mesti raya kat umah nenda aku. Maklum la... aku nie anak bongsu nenda! Pekena mee kari plak, fettucini pun ada! Seperti biasa, diorg kena ler layan nendaku yg byk sgt idea kalau bercakap! (hobi utama nendaku!). Tapi aku rasa diaorg dah biasa kot! warga emas mcm too ler! Dah kenyang & solat maghrib, last destination kami di Bandar Perda, rumah Sukin! Pergh....!! Sukin masak nasi tomato...!! Walaupun aku nie bknnya jenis makan nasik malam tp penangan nasi tomato Sukin tak dapat dielakkan!!! (mcm nie ler puasa sebulan! semua terigin!). Lepas makan, lepak sat! Maklum ler parent sukin tak dak..... so boleh ler ambil alih rumah cute too sat! heheh....hehehe!

adoi...!! too la xtvt kami setiap kali Syawal. Seingat aku, kami dah start xtvt nie masa kami sekolah menengah lagi! maybe dah 12 tahun kot! See!!! betapa kukuhnya ukhwah antara kami! walaupun ada sstgh dah ada haluan masing-masing, tp kami tetap dgn relationship yg tersangat ler BEST nie! Alhamdullilah.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin









Thursday, September 25, 2008

New challenge begin.....



Assalamualaikum w.b.k

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....



Sweet and only..... Ku Murni. Really?!!! Trust me.......definitely true...!! Blogging as first timer, an colorful experienced ever....! Why I'm choose blogging? Arrhhh.... Non-specific reason!!! For fun maybe..... Or untuk kepuasan diri??? (ishh.....so plastic...! definitely not me....! ). I'm believe the most reason why I'm choose blogging are to experienced blogging itself, to explore the adventures for blogging world and erm..... mencabar diri sendiri! Wow.....